hari ini,18 jun 2011..,sedang aku rilek2 di kampung halaman,-tetiba deria rasa menerjah saraf impuls dan maklumat daripada rangsangan diterjemah oleh minda dan hasil tindak balasnya lain dan xbu kan lagi kalo bukan bosan...,
aku juga percaya ada sebahagian daripada rakan2 barangkali tidak menyetujui cuti slama 4 bulan oleh senat universiti menjadikan semua plaja2 institusi pngajian tggi awam mngalami krisis dan konflik keboringan yang sangat hiper..,
Dikesempatan ini,aku ingin menggunakan masa dan ruang yang ada,untuk bercerita,berkongsi,dan bertindakbalas daripada masalah yang dialami oleh para student IPTA..,
Boring beerti bosan,jemu xdak arah nak buat apa..,jadi kupasan dalam isu borink ini...,anda haruslah mencari kerja yang membuatkan anda tidak boring..mudah bukan?? Jika anda melakukan sesuatu kerja tetapi didapati masih borink...maka,xleh nak buat apa dah...jadilah anda seperti sesuatu yang bukan manusia..,kerana,manusia adalah makhluk yang bertingkahlaku terhadap sesuatu tindakan yang sesuai dengan matlamat dan apa yang dimahukannya..anda apa yang anda pilih,jika borink yang anda pilih,itulah perasaan yang anda akan alami,jika anda memilih untuk hidup ceria,gembira dan sebagainya...anda layak untuk mngalami perasaan anda itu..
Akhir kata dari saya,manusia adalah makhluk yang sentiasa beribadah terhadap penciptanya,melakukan sesuatu yang wajib dan perlu sebagai hamba yang kerdil serta untuk memenuhi kemahuan diri...,Jika hari ini anda bosan,borink jemu dan tak tentu arah..,pilihlah jalan yang membuatkan anda bahagia,ceria gembira...bagaimana caranya untuk menjadi gembira...Anda pilih jaln itu sendiri..ok babai..,
Saturday, June 18, 2011
erti bosan..,
Posted by mOhd zUlhElmi at 2:32 AM 0 comments
Sunday, February 13, 2011
Kepentingan Masa.
Disebutkan dalam satu hadits Rasulullah s.a.w. bahawa ada dua bentuk ni'mat yang diabaikan oleh kebanyakan manusia; ya'ni ni'mat masa lapang dan ni'mat kesihatan.
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Didoakan agar semua para pembaca dan penulis sendiri sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sejahtera. Insya Allah pada kali ini, perbincangan kita akan sekali lagi berbicara soal waktu. Perbincangan kali ini akan mengambil penulisan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahullahu ta'ala yang dipetik daripada kitab "ايها الولد" (Ayyuhal Walad - Wahai Anakku) yang diterjemahkan oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.
Saya mula berkenalan dengan kitab ini ketika berada di alam sekolah menengah apabila terlihat sahabat seperjuangan sedang membacanya. Pada pendapat saya, kitab Ayyuhal Walad ini sudah menjadi bahan bacaan yang sudah biasa di Maktab Mahmud. Bagi saya pula, saat tersebutlah menjadi saat perkenalan saya dengan kitab tersebut.
Apabila dibaca, saya mula merasai keseronokan isi kandungan yang dimuatkan oleh Imam Ghazali rohimahullah ta'ala (r.t.). Boleh dikatakan, penulisan kitab ini adalah lebih bertujuan untuk mendidik anak kecil dalam pembentukan budi pekerti yang mulia. Kitab ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan bahan bacaan dan perbincangan pada peringkat sekolah dan lain-lain.
Berikut adalah penulisan Imam Ghazali r.t. yang diambil daripada Nasihat Pertama.
Waktu Itu Ialah Kehidupan
Wahai anakku yang tercinta,
Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah sabdaan Baginda yang berbunyi: Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
[Tamat penulisan Imam Ghazali]
Sememangnya nasihat ini jika diteliti mempunyai peringatan yang sangat berat dan besar. Apa yang dinyatakan di atas apabila umur kita melebihi 40 tahun namun jika kebaikan masih lagi belum melebihi keburukan maka dikatakan perlu bersedia untuk berada di dalam neraka adalah selari dengan hadits Rasulullah s.a.w. yang menyatakan Allah s.w.t. tidak menerima keuzuran seseorang insan yang tidak dapat beramal dengan sebaik-baiknya walupun telah diberi usia untuk hidup selama 60 tahun. Turut dikatakan kepada kita bahawa umur bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah dalam lingkungan 60 hingga 70 tahun.
Oleh sebab yang demikian, maka tidak hairanlah jika kita menelusuri kisah orang-orang soleh sebelum ini ternyata umur mereka adalah sangat penuh dengan amal 'ibadat. Ada disebut dalam kitab Bustanul Arifin susunan Imam An-Nawawi rohimahullahi ta'ala bahawa ada seorang 'alim yang mempunyai anak-anak murid. Ketika umurnya meningkat tua, maka 'amal ibadatnya menjadi berkurang, bersesuaian dengan keuzuran yang dialami. Namun apa yang menginsafkan kita ialah kuantiti 'amalnya yang berkurang semasa umur tua itu tidak dapat pun ditandingi oleh anak-anak muridnya yang masih muda.
Moga-moga saya dan anda semua mendapat keberkatan daripada ilmu ini dan masa kita akan menjadi lebih terisi dengan manfaat.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
Posted by mOhd zUlhElmi at 4:40 PM 0 comments
Kata-kata mutiara Dr. Hm. Tuah Iskandar Al-Haj
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Posted by mOhd zUlhElmi at 3:42 PM 0 comments
Kuasa Minda dan Kehidupan.
Seorang Ahli perniagaan yang berjaya sedang berdiri di sebuah perkampungan nelayan di Marang Terengganu. Sedang memerhatikan sebuah perahu nelayan berlabuh. Di dalam perahu itu ada beberapa ekor ikan selayang, ikan kembung dan beberapa ekor ikan anak ikan selar kuning. Ahli perniagaan tersebut memuji kesegaran ikan yang di tangkap oleh nelayan tersebut dan bertanya berapa lama waktu yang di perlukan untuk menangkap ikan tersebut.
Posted by mOhd zUlhElmi at 3:27 PM 0 comments
Gelombang minda.
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari
2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan
Posted by mOhd zUlhElmi at 3:04 PM 0 comments
Personaliti

Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
Posted by mOhd zUlhElmi at 2:21 PM 0 comments
otak
Hukum alam semesta berlaku seperti hukum graviti. Anda tidak di tanya oleh hukum alam, apakah anda ingin gelas yang anda pegang pecah, sebab jika anda lepaskan gelas di tangan anda. Gelas itu akan kena hukum graviti maka ia akan pecah.
Hukum alam akan bekerja secara automatik. Ia tidak akan bertanya kepada anda samada anda suka atau tidak. Apakah anda setuju dengan kesan yang di hasilkan.
Melalui Hukum ini anda menarik apa yang anda fikirkan, jika anda sering fikirkan kebijaksanaan anda akan menarik kecerdasan pelajaran dalam kehidupan anda, jika anda fikir sukar takut gagal dalam pelajaran, maka kegagalan dan kebodohan yang anda tarik dalam kehidupan anda.Berfikir tentang sesuatu yang mendatang kan kecerdasan ini bermakna anda merancang sesuatu dalam minda anda.
Saya berdoa itu kenapa saya mendapat ini.
Pernah atau tidak, anda pernah mendapatkan sesuatu yang luar biasa tanpa anda meminta? Bergitu juga sebaliknya anda juga akan terima sesuatu yang tidak anda sukai. Kuncinya adalah dengan fikiran anda memikir tentang kejayaan anda. Jangan berfokus pada masaalah yang anda hadapi insyaallah “ ucapkan dalam hati dan fikiran anda war-war kan semua yang terjadi dalam hidup anda akan berakhir tidak ada yang kekal melainkan allah”
Latihan untuk merangsang minda untuk kecerdasan:
Latihan ini hanya di lakukan pada waktu subuh sahaja. jika di lakukan pada waktu selain yang saya sebutkan latihan ini menjadi 100% Gagal dan tidak mendapat apa - apa manfaat. Kenapa ? tunggu artikal saya seterusnya bertajuk Kuasa Minda Aplikasi dalam Solat.
1. Selesai solat subuh, anda masih di atas sejadah. releks dan tenang. tarik nafas dan bawa ke pada hujung hidung anda. kemudian lepaskan melalui mulut. 7 x sehingga anda menjadi sangat tenang.
2. Dongakkan kepala anda 45 darjah. memandang atap rumah anda
( sudut pandang anda harus 45 darjah keatas. ) ucapkan dalam hati anda " saat ini apa pun yang saya lihat , saya dengar saya ingat saya faham" kemudian tunduk kan kepala perlahan-lahan. ulangi proses ini sehingga sehingga anda melihat ada kilatan cahaya seperti cahaya matahari atau cahaya putih.
3. Cahaya tersebut seperti screen tv. Jika ini berlaku, ini menandakan neuro cod eletrik yang ada dalam diri anda telah menyentuh pineal gland dan merakam photograf memori.
4. Latihan ini akan membantu anda mengingati segala maklumat yang masuk dalam minda anda dalam bentuk photograf memori dan screen tv. Anda melihat maklumat tersebut dalam bentuk visual ( gambar )
MENJERIT SEKUAT KUATNYA DI DALAM HATI ANDA,PADA YANG ANDA MOHON,LAKUKAN SETIAP KALI ANDA MELAKUKAN LATIHAN INI.ANDA AKAN MELIHAT HASILNYA SETELAH 6 MINGGU.
UNTUK MEMPERKUAT NEURO KOD ELETRIK DALAM MINDA.
ANDA MEMERLUKAN LATIHAN YANG BERTERUSAN.
Posted by mOhd zUlhElmi at 2:17 PM 0 comments
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang menyempurnakan ciptaan seluruh alam semesta. Dengan zatnya yang Maha Besar,aku memohon agar dijauhkan dengan sikap bangga diri. Diharap usaha kecil ini menjadi satu wahana ilmu yang dapat membantu insan-insan yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam usaha memperkembangkan diri menjadi insan kamil yang berbakti dalam kehidupannya seterusnya mencapai destinasi pelayaran hidup hidup yang ingin dituju.Apa yang aku kongsikan disini adalah terbatas dengan kemampuan saya melalui sedikit pengetahuan dan keiginan yang mungkin ada daripada sesetengah daripada kita mungkin terlepas pandang iaitu berkaitan dengan sesuatu yang sangat luar biasa serta berkemampuan merubah kehidupan ini.
Apa yang pasti,tidak perlu takut-takut menyusuri garapan yang bakal saya sampaikan kerana ia sama sekali bukan skim-skim cepat kaya atau MLM yang boleh menjerat anda malah ia lebih berharga daripada jutaan ringgit yang dicari.
apa yang ingin saya bincangkan disini adalah kehebatan minda ataupun lebih dikenali sebagai mind power yang tercetus dari otak yang dikurniaan di dalam setiap cengkerang sfera tengkorak manusia.
Posted by mOhd zUlhElmi at 12:40 PM 0 comments



