Kisah Seorang Nelayan Kecil Dan Hartawan
Seorang Ahli perniagaan yang berjaya sedang berdiri di sebuah perkampungan nelayan di Marang Terengganu. Sedang memerhatikan sebuah perahu nelayan berlabuh. Di dalam perahu itu ada beberapa ekor ikan selayang, ikan kembung dan beberapa ekor ikan anak ikan selar kuning. Ahli perniagaan tersebut memuji kesegaran ikan yang di tangkap oleh nelayan tersebut dan bertanya berapa lama waktu yang di perlukan untuk menangkap ikan tersebut.
Seorang Ahli perniagaan yang berjaya sedang berdiri di sebuah perkampungan nelayan di Marang Terengganu. Sedang memerhatikan sebuah perahu nelayan berlabuh. Di dalam perahu itu ada beberapa ekor ikan selayang, ikan kembung dan beberapa ekor ikan anak ikan selar kuning. Ahli perniagaan tersebut memuji kesegaran ikan yang di tangkap oleh nelayan tersebut dan bertanya berapa lama waktu yang di perlukan untuk menangkap ikan tersebut.
Nalayan tersebut menjawab, “ tidak lama hanya sekejap sahaja sekitar 3 jam sahaja”. Salanjutnya Ahli Perniagaan tersebut bertanya, “ kenapa tidak tinggal di laut lebih lama lagi agar anda dapat menangkap ikan dengan lebih banyak lagi?
Nelayan tersebut menjawab, “ ikan yang saya perolehi pada hari ini adalah cukup untuk keluaga saya makan pada hari ini”.
Lalu Ahli perniagaan tersebut bertanya, “jadi apakah yang anda lakukan pada sisa waktu selebihnya?”
Nelayan menjawab saya tidur lambat, kemudian memancing sebentar, bermain dengan anak kesayangan saya, tidur siang bersama isteri saya, berjalan – jalan ke kampung saya, ke surau dan mendengar kuliah di setiap pagi Jumaat di Rusila.

Anda tahu saya seorang MBA lulusan harvard, saya dapat membantu kehidupan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda harus lebih masa berada di laut untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih banyak. Hasil keuntungan tersebut anda boleh lakukan untuk membeli perahu yang lebih besar lagi. Sehingga anda memiliki begitu banyak kapal nelayan. Apabila anda sudah memiliki kapal yang banyak, anda jangan jual kepada peraih ikan. Tapi juallah kepada kilang memproses ikan.
Anda juga boleh membuka kilang sendiri. Memiliki produk sendiri untuk di pasarkan di seluruh Malaysia. Kemudian lantiklah stokis di seluruh Malaysia. Berkembang hingga keseluruh dunia. Waktu itu anda akan menjadi sangat kaya raya.
Nelayan itu bertanya “ berapa lamakah masa yang saya perlukan untuk mencapai tahap itu”. Ahli perniagaan itu menjawab “ menurut pengalaman saya, untuk mencapai tahap tersebut anda perlukan masa 15 hingga 20 tahun”. Nelayan itu bertanya lagi “ selepas itu apa yang harus saya lakukan”.
Setelah anda mencapai tahap yang saya sebutkan di atas, inilah masa yang sesuai untuk anda menjual semua saham-saham yang anda miliki.
Anda akan menjadi kaya raya dan jutawan. Anda akan memiliki wang yang banyak. “Selepas mendapat wang yang banyak apalagi” Tanya nelayan tersebut.
Ahli perniagaan tersebut menjawab “Anda boleh tidur lambat, kemudian memancing sebentar, bermain dengan anak kesayangan saya, tidur siang bersama isteri saya, berjalan – jalan ke kampung anda, ke surau dan mendengar kuliah di setiap pagi Jumaat di Rusila”. “ anda boleh melakukan semua itu tanpa merasa pening tentang kewangan…. He he he …”

Sang Nelayan ini memiliki sebuah kefahaman tentang kehidupan yang sangat luas. Dia mengetahui dengan jelas tujuan hidupnya. Dia menjalani kehidupan yang dapat memenuhi kehidupanya anak dan isterinya, dia meluangkan banyak waktu untuk anak dan isterinya, dia merasa damai dan tenang dengan kehidupanya. Kewanganya bergantung kepada keperluanya bukan kepada keinginanya.
Ahli perniagaan tersebut seorang yang di didik dengan meterialistik. Dia harus hidup dengan mencapai sesuatu dengan pencapaian itu sendiri. Nelayan tersebut akan hidup lebih lama dan mati dengan aman damai kerana tidak ada konflik dari keinginan alam bawah sedarnya. Ketakutan menghadapi kematian adalah kerana keinginan yang belum selesai, dari hutangnya, dosanya kepada keluaga, dosa kepada anak kesayangannya yang tidak di beri perhatian. Keinginan untuk menebus kesalahan membuatkan kita takut untuk menghadapi kematian.
Ahli perniagaan tersebut akan mati dalam usia 55 tahun dan meninggal dengan perasaan sedih bahawa dia tidak pernah mencapai cita-citanya. Apa yang anda dan saya miliki merupakan sebuah alat untuk melanjutkan perjalanan kehidupan kita yang masih panjang. Ini membuktikan meraih nauasa spritual tidak hanya ketika kita berada dalam ambang ritual spritual ( termasuk urusan ibadah ). Ini meliputi keseluruhan aspek dalam kehidupan kita. Apa yang anda miliki sekali lagi bukan merupakan tujuan, hanyalah sekadar alat untuk membantu anda berjalan dalam perjalanan hidup anda.
Hakikat sebuah kehidupan
Memberi makna dalam sebuah kehidupan merupakan sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupan seseorang. Apakah makna dalam kehidupan anda?. Pada seseorang individu makna dalam kehidupanya berbeza. Ada yang menggambarkan mendapat kekayaan itu merupakan saat yang paling bermakna dalam kehidupanya, seperti yang di fahami oleh ahli perniagaan di atas. Sedangkan makna kehidupan yang di fahami oleh seorang nelayan adalah berbeza.
Salah satu rutin isteri saya adalah mengaji Al Quran dan mempelajari Al Quran pada setiap hari sabtu. Pada suatu hari saya mendengarkan suara Isteri saya mengaji Al Quran. Saya menghampirinya untuk mendengarkan bacaanya, saya melihat Al Quran tersebut.. ada sesuatu yang menarik perhatian saya dalam meneliti Al Quran.

Saya dapati hampir semua surah di mulai dengan bismilah… Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Sayang pemurah, pemurah dan sayang. Sedangkan Al Quran itu merupakan pertunjuk jalan dalam kehidupan…… emmmm. Saya membuat kesimpulan bahawa “panduan untuk hidup haruslah bermula dengan pemurah dan kasih sayang”.
Saya cuba lakukan dengan memurahkan diri dalam semua bidang dan belajar berkasih sayang dengan anak dan isteri yang sering saya tinggalkan akibat kesibukan kerja. Saya isikan setiap waktu yang terluang untuk memberi kasih sayang kepada anak dan isteri saya. Rupanya sangat mudah untuk memaknai kehidupan anda hanya memberi cinta dan mencintai. Anda akan merasa hidup ini sangat bermakna apabila tidak ada perasaan membenci dalam hidup anda.



0 comments:
Post a Comment